Thursday, February 4, 2010

Segalanya pasti...

Alhamdulillah...akhirnya pasti. Pada 29 Januari 2010 yang lepas permohonan pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) telah pon diluluskan. Jumlah yang diluluskan juga seperti yang dipohon. Kalau tidak perit jugak nak re-adjust costing ni. ye la jumlah yang dipohon pon cukup-cukup makan aje.


buat masa ni, pengeluaran telah pun dibuat. pengeluaran pertama ialah untuk membayar semula hutang isteri aku masa nak buat fixed deposit haritu...then nak kena bayar upah clear tanah aku tu yang aku sendiri pun x ingat berapa kali dah clear...cuma nasib kali ni maybe ni kali terakhr laa tanah ni clear. mungkin lepas ni tanah tu dah boleh ditanam dengan rumput napier. upah clear tanah guna "gajah"...hehehe bukan laa gajah tapi "gajah"...kos utk clear tanah lebih kurang 2 ekar tu ialah RM1k. kira ok laa kot compare kalo nak guna JCB sebab JCB pon blom tentu dapat siap 1 hari. mungkin makan 3-4 hari...itu pon aku x rasa boleh terang macam si "gajah" ni buat...

next aku dah deal dengan wak suruh cari mesin plough. dapat jugak la tapi tak tau ok ke tak harga dia. RM600 termasuk plough & rotor. besok dah nak start keje. aku budget paling lama dalam 2 minggu aku dah kena tanam napier. kalo x alamatnya rumput lain pulak yang naik nanti. sekarang ini adalah beberapa supplier yang boleh nak supply benih. cuma apa yang penting ialah kos. kalo kos murah konpem aku ambik.

antara aktiviti yang telah dirancang untuk 2 minggu ni selain dari kerja tanah dan tanam napier ialah untuk memagar kawasan kandang aku ni. buat masa ni harga yang aku dapat agak mahal. lebih kurang RM5.5k untuk lebih kurang 400 kaki termasuk pintu pagar. sebab aku rasa boleh dapat lagi murah dari ni. ada sesape yang ada pengalaman buat pagar ni tak? tinggi dalam 5 kaki...kalo ada bleh laa nak share harga kat sini.

Selain dari pagar, maybe bekalan elektrik pon akan disambung ke kandang.baru dapat satu aje quotation. dalam RM2k++. nak tunggu quotation dari wak.manalah tau kot-kot buleh dapat yang lagi murah.bekalan air pon tengah diusahakan.tapi buat masa ni bekalan air belum jadi top priorities sebab aku boleh dapat bekalan dari tempat lain.jangan salah anggap ok...bukan curi air tau!

ape lagi plan dalam masa 2 minggu akan datang ni??aku rasa itu aje kot. nak masuk kambing pon blom boleh lagi...napier blom ready...oh yer...citer pasal kambing ni. buat permulaan ni aku akan menumpukan untuk kambing trading dulu. aku tengah work out untuk satu proposal baki kambing baka. nanti la kalo dah siap proposal tu nanti baru best nak citer. takut x jadi nanti buat malu aku aje...hahaha

next entry maybe aku akan share paperwork aku yang tak seberapa tu...but at least paperwork yang x seberapa ni jugak laa yang kasi aku duit nak running projek ni...kira bagus laa tu kan? dari kasi komisen 1% dekat agen untuk siapkan paperwork, baik buat sendiri. jimat jugak RM500...banyak tu...tunggu aje laa next entry.

No comments:

Post a Comment

Statistik Kambing-Wangi