Monday, April 19, 2010

APA DAH JADI NI??

Apa dah jadi ni??

aku mula menulis blog tentang kambing ni sejak tahun 2005 lagi. Dulu pada permulaan aku mula menulis blog tentang kambing, pada masa tu sudah ada beberapa blog yang menjadi rujukan aku. Namun kini aku lihat tidak banyak blog yang aktif. Lihat sahaja pada pada blog list aku tu. Dah x banyak update tentang kambing dari mereka. Apa dah jadi ni??


Banyak kesimpulan yang boleh kita dapati dari keadaan ini. Dari sudut positif, mungkin mereka terlalu kesibukan masa untuk update blog2 mereka kerana ternakan mereka telah membiak dengan cepat sehinggakan tiada masa untuk berkongsi ilmu, pendapat mahupun pandangan dengan penternak2 yang lain. Mungkin juga tiada apa lagi yang mahu dikongsikan dengan penternak kerana rata2 perkongsian ilmu sudahpun dikongsi sejak dahulu lagi. Maka mereka mengambil keputusan untuk tidak menulis blog lagi.

Dari sudut negatif pula, mungkin ada diantara mereka telahpun menemui kegagalan di dalam penternakan kambing lantas mengambil keputusan untuk menjauhkan diri sepenuhnya dari dunia kambing. Banyak faktor yang aku lihat boleh mendorong kepada kegagalan mereka ini. Mungkin punca kegagalan ini akan aku bincangkan pada entry yang lain.

Walau apa pun alasan mereka untuk tidak menulis di blog, aku tetap akan meneruskan penternakan kambing ni. Bukan apa, bila memikirkan betapa banyak masa dan wang ringgit telah aku korbankan selama hampir 5 tahun ini, alangkah ruginya kalau aku terus berundur. Bak kata pepatah "pantang berundur sebelum berjuang" hehehe. Lagipun bila fikir balik, penutupan blog2 ni sedikit sebanyak boleh membantu jualan kambing aku kelak. Ada juga ketika aku terasa untuk berundur dan memikirkan bidang baru yang aku nak ceburi. Al-maklum saja, dulu antara kandang kambing yang selalu aku perhatikan ketika balik kampung ialah AIMA GOAT FARM. Namun apa yang terjadi sangat mengejutkan. Melihat kepada keadaan kandang AIMA GOAT FARM, yang tinggal hanyalah kandang yang kosong dan hampir roboh. Alangkah ruginya kepada mereka. Apa dah jadi ni??

Apa dah jadi dengan projek ternakan kambing aku?? Sejak sebulan yang lepas, banyak perkara berlaku di kandang. Rumput Napier India telahpun ditanam oleh wak. Begitu juga dengan bekalan air. Cuma pagar dan bekalan elektrik masih lagi separuh jalan. So far separuh dari peruntukkan yang aku dapat sudah pun habis digunakan (ke jalan yang betul). Separuh lagi mungkin dalam 1-2 hari lagi akan dimasukkan ke dalam akaun aku. Dan belum pun duit tu masuk kedalam akaun, sudah banyak perancangan yang telah dilakukan. Insyaalah dalam masa 1-2 bulan aku akan menjadi penternak kambing sepenuh masa. Doakan saja...

Kepada yang sudi melawat blog aku ni, aku ucapkan terima kasih yang teramat sangat. Ada sebab kenapa aku letak jumlah hit kat blog aku ni. Rasa seronok bila hit aku bertambah (walaupun x banyak) setiap kali aku bukak blog aku. Hehehe...teruskan melawat yer.

Enjoy pic kandang aku...




3 comments:

  1. bagus la bong.. nampak dah progress kau.. aku sebagai kawan.. rasa gembira.. aku doakan agar kau terus tabah dan terus berusaha sehingga berjaya!!..amin..

    ReplyDelete
  2. amiinn... mintak2 berjaya laa sampai bila. Kalau semua perkara dlm hidup diberkati Allah InsyaAllah, doa kita akan ditunaikan...

    ReplyDelete
  3. tenkiu...tenkiu...insyaallah ado rezeki utk kawan2 & family sok tu...tungguuuu...

    ReplyDelete

Statistik Kambing-Wangi