Thursday, April 29, 2010

NAPIER OH NAPIER

Kali ni aku nak citer pasal rumput plak. Bagi sesiapa yang menceburi bidang ternakan ni aku rasa semua sudah sedia maklum tentang rumput napier.

 Rumput napier @ rumput gajah @ rumput Uganda berasal dari spesis Pennisetum Purpureum. Rumput jenis ni memang dikenali sebagai salah satu spesis rumput yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Justeru menjadikan rumput ni sebagai paling ideal untuk dijadikan makanan haiwan ternakan.

Selain kandungan protein yang tinggi, kadar pertumbuhan yang cepat juga merupakan salah satu faktor kenapa rumput napier menjadi pilihan para penternak. Jika cukup bekalan air, maka rumput ini boleh dituai semula selepas 3-4 minggu sahaja.

Berbalik pada tujuan asal entry ini ditulis, pada 3 minggu yang lalu aku telah mula menanam rumput napier dari jenis napier India di tanah aku. Bekalan benih napier ini di bawa khas dari segamat, Johor memandangkan hanya pembekal ni saja yang menawarkan harga yang murah. Dengan sejumlah 11,000 anak benih (aku x kira pon, tapi aku order banyak ni laa), proses menanam rumput ini mengambil masa yang agak lama untuk ditanam memandangkan hanya wak (pekerja aku) yang melakukannya. dan alhamdulillah semua kawasan yang dikhaskan untuk rumput napier telahpun penuh.

Memandangkan semasa proses menanam rumput ini musim panas, ada jugak rumput yang x tumbuh. Tapi xpela. Nanti aku top-up balik tempat yang x tumbuh tu. nasib baik sejak 1 minggu lepas hujan dah mula turun. mintak-mintak lepas ni rumput aku akan tumbuh dengan pesat. Nah...layan aje gambar ni...

No comments:

Post a Comment

Statistik Kambing-Wangi