Salam perkenalan buat semua pengunjung blog kambing-wangi. Permulaan bicara aku kali ini lebih kepada intro saje. Rasa-rasa aku, pada mula aku minat nak bela kambing ni dah lama dah. Lebih kurang 3 tahun dulu masa bekerja di Shah Alam lagi. Tapi permulaan projek ini agak lambat. 2 tahun berlalu hanya mengumpul maklumat yang berkaitan. Biasala bila takde ilmu di dada jangan cuba nak menongkah lautan bergelora.
Aku mula aktif dalam projek kambing ni bila melihat Pameran MAHA 2006. Bertitik tolak dari situ aku mula melaburkan duit simpanan aku yang tak seberapa tu dalam projek ini. Tanah terbiar belakang rumah Achik aku kerjakan. Walaupun tanah tu tak ler besar mana pun tapi cukupla untuk aku buat pilot projek aku ni. Dekat 2 bulan jugak laa nak tunggu tanah ni betul2 terang. Ye la nak tunggu pokok2 yang besar gedabak tu kering sebelum boleh bakar. Pastu kena pulak musim jerebu yang teruk hari tu…lagi laa lambat. Walaubagaimana pun akhirnya selesai jugak isu tanah ni.
Dari sini aku mula melantik kontraktor untuk kerja-kerja memagar kawasan. Lagi sekali duit simpanan aku terbang. Advance payment dah bayar tapi kontraktor tu cabut lari. Sempat pacak tiang konkrit untuk pagar jek. Eventhough aku boleh nak carik balik kontraktor tu tapi biarla tuhan saaja yang menghukum. Akhirnya tanah tu tak sempat lagi nak pagar.
Then mula laa kisah pembinaan kandang kambing aku. Kandang ni guna kayu second jek. Size kandang ni lebih kurang 24’ x 40’. Aku rasa size ni cukupla sebagai permulaan. Nak buat kandang besar tak cukup pulak duit nanti. Hasilnya siap jugak kandang kambing aku ni.
Bila kandang dah siap….mana pulak kambingnya??? Alamak! Duit aku dah habis. Camna aku nak beli kambing ni?? Aku mula mencongak untuk apply loan dari institusi yang boleh berri aku loan. Cakap jek mana aku tak pergi…Bank Pertanian, MARA, Prosper, TEKUN, Kementerian…semua tak berjaya! Mungkin belum rezeki aku lagi kot nak buat projek kambing ni. Tapi takpe…kandang tu tak lari punye. Lagipun nak masuk kambing, tanah aku tu pun belum berpagar lagi….tunggu la nanti….
No comments:
Post a Comment