Thursday, April 22, 2010

KAMBING VS BIRI-BIRI

Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan istilah kambing dan biri-biri @ bebiri. Walaupun kedua-duanya disebut kambing namun kedua-duanya adalah berbeza dari segala sudut. Apatah lagi daging yang dihasilkan turut mempunyai perbezaan yang ketara.

Dari segi saintifik, bebiri tergolong di dalam keluaraga Ovis Aries manakala kambing pula tergolong di dalam keluarga Capra Hircus. Masing-masing merupakan spesis yang berbeza.Bebiri mempunyai 54 kromosom manakala kambing pula mempunyai 60 kromosom. Namun begitu walaupun kedua-duanya tergolong dari spesis yang berlainan namun ia masih boleh dikahwinkan. Walau bagaimana pun jarang sekali hybrid kambing-bebiri yang dihasilkan mempunyai tahap kesuburan yang tinggi.

Dari aspek fizikal pula, kita akan dapat melihat perbezaan yang begitu ketara antara satu sama lain. Salah satu cara untuk melihat perbezaan antara kambing dan bebiri adalah melalui keadaan ekornya. Ekor kambing selalunya akan menegak ke atas melainkan ketika kambing itu sakit, ketakutan dan di dalam keadaan yang kurang selesa. Bebiri pula mempunyai posisi ekor yang ke bawah dan selalunya bulu pada ekor ini akan dipotong atas tujuan kebersihan dan mengelakkan penyakit.

Kebanyakkan kambing mempunyai tanduk dan janggut. Namun ia bukanlah satu faktor untuk menentukan jantina kambing kerana sedua-dua jantina selalunya mempunyai tanduk dan janggut. Berlainan pula dengan bebiri. Kebanyakkan dari bebiri tidak mempunyai tanduk dan janggut. Namun ada juga dikalangan bebiri yang mempunyai tanduk seperti Merino.

Dari segi perilaku pula, kambing secara semulajadinya mempunyai perassaan ingin tahu dan bebas manakala bebiri lebih cenderung kepada menyendiri. Bebiri juga mempunyai naluri berkumpulan dan mudah menjadi gelisah sekiranya terpisah antara satu sama lain. Begitu juga ketika bergaduh, kambing akan berundur untuk melakukan serangan manakala bebiri pula mengamalkan pendekatan meluru ketika menyerang. Ini akan memberi kelebihan kepada bebiri sekiranya mereka bergaduh antara satu sama lain.

Akhir sekali, perbezaan antara kambing dan bebiri ini dapat dilihat melalui tabiat pemakanan mereka. Kambing dikenali sebagai natural browser. Ia lebih mengemari daun-daun, ranting dan jugak semak belukar. Kebanyakkan kambing akan berdiri di atas kaki belakang untuk menjangkau daun-daun yang tinggi di atas pokok.Bebiri pula merupakan natural grazer. Ia lebih mengemari rumput-rumput di permukaan tanah sebagai makanan harian mereka.

So, setelah tau pasal kambing dan bebiri maka lepas ni bolehlah mencuba daging kambing yang sebelum ini mungkin kita menyangka daging bebiri yang kita beli itu sebagai daging kambing. Nak tau rasa daging kambing muda…tunggu official launching.

No comments:

Post a Comment

Statistik Kambing-Wangi