Pada 10/11/2007 - 13/11/2007 hari tu aku telah pergi kursus kambing anjuran Bank Pertanian Malaysia dan Ladang Al-Barakah di Pusat Latihan Bank Pertanian (ABADI). Selama ni aku memang jahil bab kambing ni. cuma ada ilmu yang aku kutip kat internet aje. So dalam kursus ni memang aku pulun habis-habisan. Semua kerja-kerja amali aku buat. Cuma satu jek yang aku rasa gagal. Bab nak perah susu kambing...Apsal ntah
Wednesday, November 14, 2007
Wednesday, April 11, 2007
About Kambing-Wangi.
Kambing-Wangi merupakan sebuah ladang ternakan kambing yang ditubuhkan untuk menjadi 'pilot project' bagi membangunkan tanah-tanah terbiar di Kawasan Kuala Pilah khususnya di Kampung Sungai Dua. Bermula dengan tanah seluas 1 ekar, Kambing-Wangi akan mengorak langkah yang lebih besar dengan memajak tanah-tanah terbiar yang mempunyai potensi untuk dibangunkan.
Wednesday, February 7, 2007
Kambing...Part 1
Salam perkenalan buat semua pengunjung blog kambing-wangi. Permulaan bicara aku kali ini lebih kepada intro saje. Rasa-rasa aku, pada mula aku minat nak bela kambing ni dah lama dah. Lebih kurang 3 tahun dulu masa bekerja di Shah Alam lagi. Tapi permulaan projek ini agak lambat. 2 tahun berlalu hanya mengumpul maklumat yang berkaitan. Biasala bila takde ilmu di dada jangan cuba nak menongkah lautan bergelora.
Wednesday, August 23, 2006
Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara Dibuka 2007
Daripada KHAIRUNNISA SULAIMAN
BRISBANE 22 Ogos – Malaysia akan membangunkan Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara di kawasan seluas 405 hektar di Pondok Tanjung, Taiping, Perak, tahun depan bagi meningkatkan bekalan ternakan tersebut.

Monday, February 7, 2005
Dua Saintis Catat Sejarah Hasilkan Vaksin Kambing
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA TERENGGANU 6 Feb. - Dua saintis tempatan berjaya menghasilkan vaksin menggunakan teknik semburan yang pertama di dunia bagi mencegah penyakit radang paru-paru untuk ternakan kambing dan biri-biri.
Prof. Madya Dr. Mohd Effendy Abdul Wahid dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) dan Prof. Dr. Mohd. Zambri Saad dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil masa kira-kira lapan tahun untuk mengeluarkan vaksin yang dikenali sebagai KUSTEMvax itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)