Wednesday, August 23, 2006

Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara Dibuka 2007

Daripada KHAIRUNNISA SULAIMAN

BRISBANE 22 Ogos – Malaysia akan membangunkan Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara di kawasan seluas 405 hektar di Pondok Tanjung, Taiping, Perak, tahun depan bagi meningkatkan bekalan ternakan tersebut.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pusat berkenaan yang dibangunkan oleh kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri masih dalam proses pembangunan infrastruktur melalui bantuan pihak swasta.

‘‘Pusat berkenaan dibangunkan bagi memastikan bekalan daging dan juga baka kambing jenis Boer sentiasa mencukupi untuk keperluan dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat ladang pengeluar baka Boer - Terraweena di sini, semalam.

Muhyiddin kini dalam rangka lawatan lima hari ke Australia bersama agensi-agen-

si di bawah kementeriannya yang turut disertai wartawan Utusan Malaysia dan TV3.

Muhyiddin berkata, bagi membangunkan pusat berkenaan, Persatuan Kambing Boer Queensland telah menawarkan kursus penternakan kambing, selain Institut Bioteknologi Kebangsaan juga akan memainkan peranan menghasilkan baka kambing terbaik.

Kambing Boer yang diternak di Malaysia akan diberikan makanan berkhasiat seperti kek kernel kelapa sawit (PCK), pelepah kelapa sawit (OPF) dan ‘silaj’ yang dapat membantu dalam tumbesaran.

‘‘Untuk projek itu, kerajaan pusat dan negeri mempunyai satu golden share atau pegangan saham masing-masing sebagai salah satu cara pemantauan serta mengurangkan risiko kegagalan,” tambah beliau.

Beliau menyarankan pihak swasta menjalankan pembiakbakaan secara kontrak dengan Australia dalam jangka panjang bagi menjamin bekalan sentiasa mencukupi memandangkan negara masih kekurangan bekalannya

No comments:

Post a Comment

Statistik Kambing-Wangi