utusan Malaysia 30/01/2009
KIMANIS 29 Jan. - Seorang penternak kerugian RM50,000 apabila kediamannya di Kampung Kuala Kimanis di sini hangus dalam kebakaran kelmarin yang turut menyebabkan kambing Boer yang diternak mati.
Kejadian berlaku pada pukul 7 malam ketika mangsa, Hussin Dasar dan isterinya berada di Papar kerana menghadiri majlis kenduri.
Hussin berkata, ketika kejadian, hanya anak lelakinya yang berusia 18 tahun berada di rumah tetapi berjaya menyelamatkan diri.
"Kami dapat tahu kejadian ini apabila menerima panggilan telefon daripada anak saya dan penduduk. Kambing-kambing di bawah rumah tidak dapat diselamatkan kerana kebakaran merebak dengan cepat," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Hussin berkata, harga setiap seekor kambing tersebut dianggarkan antara RM1,200 hingga RM1,800 bergantung kepada jantina.
"Walaupun rumah dan kambing saya musnah tetapi kami bersyukur kerana kebakaran tidak merebak ke rumah berdekatan," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman berkata, mangsa akan mendapat bantuan segera daripada Pusat Khidmat Parlimen Kimanis.
"Kita akan memberi bantuan seberapa segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa akibat kebakaran itu," katanya.
Sedih bila perkara macam ni terjadi...namun pengajaran yang dapat diperolehi dari perkara ini ialah jangan bela kambing di bawah rumah anda!!
No comments:
Post a Comment