Wednesday, February 25, 2009

Keratan Akhbar : Ternakan belakang rumah beri hasil lumayan

Arkib Utusan Malaysia 15/09/2008


BALING 14 Sept. - Minat mendalam terhadap bidang ternakan walaupun bermula dengan usaha kecil-kecilan ternyata menjadi kunci kejayaan kepada Wan Mahmud Wan Ibrahim dari Kampung Tiak, Kupang dekat sini yang kini menjadi penternak kambing berjaya.


Bermula dengan hanya lima ekor kambing yang diternak di belakang rumah, Wan Mahmud, 65, dan keluarganya kini memperoleh hasil lumayan apabila ternakannya kini meningkat 100 ekor.

Selain dibantu anaknya, Zamri, 32, dia dibantu oleh dua isterinya setiap hari bagi memastikan projek ternakan tidak gagal.

Dua isterinya, Aminah Jaafar, 59, dan Halimaton Saadiah Pandak Hassan, 58, memastikan penjagaan dan pemakanan kambing-kambing tersebut terkawal dan teratur.

Dengan tiga buah kandang berukuran 30 meter X 50 meter setiap satu, Wan Mahmud memulakan ternakan kambing baka Australia (F1) iaitu jenis Boer dan Jamnapari sejak dua tahun lalu bermodalkan duit simpanan sendiri.

Wan Mahmud berkata, pada permulaannya, percubaan menternak sebanyak lima ekor kambing Boer menunjukkan peningkatan memberansangkan apabila ada pihak berminat dengan teknik kacukan ternakan yang dijalankannya.

"Selepas menunjukkan perkembangan baik, saya mula menambah induk kambing bagi mendapatkan benih untuk dijadikan baka," katanya kepada Utusan Malaysia di rumahnya baru-baru ini.

Bapa kepada tujuh anak itu memberitahu, walaupun menternak di belakang rumah, ternyata penjagaan persekitaran, makanan dan kawalan binatang ternakan itu tidak mendatangkan masalah kerana minat mendalam mengatasi segala-galanya.

Jelasnya, harga kambingnya mengikut jenis iaitu antara RM500 hingga RM6,000 seekor yang turut bergantung kepada saiznya.

Lebih menarik, keluarga tersebut tidak mendapat kursus penternakan secara intensif daripada mana-mana pihak namun mereka mahir menyediakan pemakanan dan pengawalan penyakit termasuk penggunaan garam bukit, daun-daun kayu dan dedak bagi membolehkan baka yang dihasilkan terhindar daripada serangan penyakit mulut.

"Kami menggunakan garam bukit, daun-daun kayu dan dedak sebagai makanan kambing supaya ia dapat membesar dengan baik dan terhindar daripada penyakit,'' katanya.

Tidak cukup dengan itu, keluarga Wan Mahmud turut menjadikan kawasan lapang bersebelahan rumah mereka sebagai kawasan tanaman rumput jenis Napier yang menjadi makanan utama kepada ternakan mereka.

Berkat kesungguhan keluarga itu, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah menyediakan peruntukan bagi membesarkan lagi projek ternakan

No comments:

Post a Comment

Statistik Kambing-Wangi