Wednesday, July 8, 2009

KERTAS KERJA @ RANCANGAN PERNIAGAAN

Kertas kerja atau rancangan perniagaan ???

mungkin ramai di antara pengunjung blog ni dah tau pasal kertas kerja @ rancangan perniagaan ni. so aku rasa tak perlu laa nak cerita panjang lebar lagi pasal benda ni.


ok...hari ni aku nak cerita sikit pasal kertas kerja @ rancangan perniagaan yang telah aku hasilkan ni. sebenarnya proses menghasilkan kertas kerja untuk kambing-wangi ni dah hampir 4 tahun aku buat. cuma untuk sekian kalinya aku berjaya menghasilkan satu kertas kerja yang akhirnya aku submit ke bank. kertas kerja kali ni cukup ringkas dan padat.cukup hanya mencakupi maklumat-maklumat yang diperlukan bagi tujuan permohonan pinjaman bank sahaja.

so, pada 26/6/2009 (Jumaat), akhirnya kertas kerja ni berjaya juga sampai di meja pegawai Agrobank cawangan Kuala Pilah.Insyaallah dalam masa 2 minggu dari tarikh ni pegawai tersebut akan membuat site visit ke tapak projek kambing-wangi.

walaupun kertas kerja ini ringkas dan padat namun proses penyediaannya memakan masa yang akan lama.namun, setelah melalui pelbagai kursus yang dilakukan oleh pihak bank, maka aku telah membuat satu kesimpulan kertas kerja tak perlu setebal buku teks. cukup sekadar mempunyai maklumat yang penting sahaja yang perlu diketahui oleh pihak bank.banyak kertas kerja penternakan yang menjadi rujukan aku.cuma aku membuat sedikit pengolahan bagi mendapatkan kertas kerja yang cukup sempurna (sempurna bagi aku aje laa). dan hasilnya nanti insyaallah aku akan share dengan pengunjung blog aku ni.itu pun kalau permohonan pinjaman aku ni lepas la.kalo x lepas aku x nak laa nak share sebab mungkin x cukup bagus lagi.he..he..he

ok cukup setakat ni dulu...

No comments:

Post a Comment

Statistik Kambing-Wangi