Friday, August 7, 2009

Masih Ada Sinar

Huh!! tajuk kali ni agak dramatik...



mana tidaknya...semalam orang dari Agrobank Kuala Pilah dah datang ke kandang aku untuk buat site visit sempena permohonan pinjaman aku tu...actually dah agak lama jugak aku submit permohonan ni. kalo x silap aku awal bulan 7 lagi aku dah submit. kata pegawai (Cik Shida) dalam masa 2 minggu dia akan buat site visit tapi lepas sebulan baru la dia dapat jenguk kandang aku ni...


Sebenarnya aku bukanla nak salahkan dia sebab kelewatan ni. maklum aje laa kat cawangan Kuala Pilah ni cuma dia aje laa yang kena handle everthing pasal loan. tu blom masuk dia kena pergi kursus and kena jaga booth kat tapak ekspo lagi. nasib baik la sorang lagi officer dah masuk. so, boleh la dia nak kosentrate kat STEB.

Perjalanan aku dari KL bermula seawal jam 8 pagi. then singgah kejap di Ulu Bendul sebab dah janji ngan Ali (kenal masa kursus belia). dia kata Cik Shida pon nak datang site visit kat kolam dia. so aku pon lepak dulu ngan dia. besar jugak kolam mamat ni...so lepas ni sesiapa nak beli ikan air tawar bolehla hubungi aku (sempat promote lagi...)

Pihak Agrobank sampai kat kandang aku lebih kurang pukul 11.45 pagi...sebelum tu aku dah suruh wak utk bersihkan ape yang patut...cuak jugak sebab last time aku potong rumput sebulan lepas...ni mesti dah panjang balik...so masa kat kandang tu start la sesi interview....macam2 dorang tanya especially macam mana aku nak bayar balik pinjaman tu...banyak jugak nak kena bayar tu...kalo x btol2 boleh sampai x dapat nak bayar...(mintak2 dapat laa bayar)...aku mintak grace periad selama 6 bulan...so dalam masa 6 bulan aku kena jugak carik seberapa byk duit utk bayar balik pinjaman ni...

sesi interview ni x lama pon...nak plak si Ali ade skali masa ni...so sesi interview tu dah jadi macam sesi soal jawab plak...everthing went smoothly...so next week dah bleh tau result aku dapat ke tak pinjaman ni...tunggu...

2 comments:

  1. Mudah-mudahan berjaya bang, dapat tumpang sama-sama gembira.
    Nasir
    Rantau Agro Farm
    Restoran Bandar Puteri Puchong

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan macam tu laa...dah lama sangat dah ni...

    ReplyDelete

Statistik Kambing-Wangi