Friday, August 20, 2010

Sepanjang 4 bulan


Fuh…!! Lama sungguh aku tak update blog ni. Sudah hampir 4 bulan lamanya sejak post terakhir ditulis. Buleh dikatakan sudah memasuki trimester kedua jika blog kambing-wangi ni seorang wanita yang sedang mengandung. Hehehe…Dalam tempoh hampir 4 bulan ini juga bermacam-macam peristiwa berlaku pada projek ternakan kambing aku. Ada peristiwa yang gembira, sedih, lucu dan bermacam lagi. Insyaallah semua
akan aku coretkan untuk follower-follower blog ni (perasan macam ade follower)

07 May 2010
Pada tarikh ini bermulalah hidup aku sebagai seorang penternak kambing. Sebuah impian untuk melihat kandang aku ni terisi dengan kambing sudah terlaksana. Buat permulaan, sebanyak 10 ekor kambing katchang original telah aku beli. Kesemuanya merupakan kambing jantan. Ada yang kecik, dan ada yang besar. Ada yang cukup umur dan ada yang belum. 10 ekor kambing ini merupakan perintis kepada hidup aku sebagai seorang penternak kambing. 10 ekor ini juga merupakan bahan ujikaji@eksperimen aku terhadap bidang penternakan ini. Al-maklum, membesar di dalam sebuah keluarga yang tidak mempunyai latarbelakang sebagai penternak, ini merupakan sesuatu yang baru dalam hidup aku. Oleh sebab itu, 10 kambing ini aku laburkan sebagai kambing eksperimen aku.


Rutin harian


Kehidupan sebagai seorang penternak kambing bukanlah semudah yang disangka. Perjalanan dari Seremban ke Kuala Pilah setiap hari mengempiskan kantung duit yang sedia ada kempis tu. Mujur juga pekerjaan sebagai freelance QS sedikit sebanyak membantu. Tugas harian aku adalah memastikan semua kambing eksperimen aku ini berada seperti yang aku kehendaki. Sentiasa sihat. Namun apa guna eksperimen kalo xde percubaan btol x?

Dengan kekangan kewangan, tidak banyak yang boleh dilakukan. Makanan yang tertumpu kepada rumput napier semata-mata. Tanpa makanan tambahan. Manakala ubat-ubatan pula hanyalah ubat-ubatan tradisional dan petua-petua lama. Oppss…sebelum terlupa. Masa ni mesin chopper masih belum beli. Jadi setiap hati aku terpaksa mencincang ruput napier sebagai makanan. Hehehe…pada masa ini ok lagi sebab belum merasai kenikmatan mencincang menggunakan mesin chopper.


31 May 2010
Hari ni aku telah membeli sebuah mesin chopper berenjin petrol. Mesin ni sebenarnya merupakan mesin second hand tapi tuan punya mesin belum sempat menggunakannya lagi. Atas sebab masalah kewangan, mesin chopper ni dijual kepada aku. Maka bermulalah kehidupan aku sebagai penternak kambing yang mempunyai mesin chopper. Sedikit sebanyak mesin chopper ni membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan harian aku. Kambing eksperimen juga aku lihat semakin berselera ketika makan.
Terbaik!! mesin chopper sedang menjalankan tugas.


03 Jun 2010
Hari ini aku membeli 24 ekor lagi kambing. Kali ni kebanyakkan kambing kacukan. 13 ekor dewasa dan selebihnya masih belum baligh. Membawa kambing ini dari Simpang Pertang ke Kuala Pilah sungguh mencabar. Kesemua kambing-kambing ini diangkut menggunakan 2 buah kereta. Aku pun tak tau macam mana India tu buat, tapi kambing aku selamat tiba dikandang transit pada malam itu juga lebih kurang 9.30 malam. Setelah segala pembayaran dibuat, aku cukup puas hati. Kali ni kandang aku akan mempunyai kambing jantan & betina. Boleh juga aku nak eksperimen persenyawaan kambing lepas ni. Hehehe…diam tak diam keseluruhan kambing aku sudah menjangkau melebihi 30 ekor…wow!!

11 Jun 2010
Cukup setakat ini…hari ni aku telah menamatkan perkhidmatan pekerja aku. Lupa plak aku nak citer. Sepanjang tempoh di atas, aku mempunyai seorang pekerja yang aku panggil “wak” aje. Dia ni la yang membantu aku selama ni. Namun budaya samseng yang di bawa ke dalam projek aku ni tidak boleh diterima aku sama sekali. Mana boleh ada 2 samseng dalam satu kawasan btol x?? atas alasan itu maka aku telah memecat wak. Cukuplah aku sebagai tokey kambing yang menjadi samseng dalam projek aku ni. Ketiadaan wak bukanlah sesuatu yang meyukarkan hidup aku. Selama wak berkerja dengan aku, x banyak yang membantu. Cuma kerisauan aku kambing aku x makan semasa ketiadaan aku agak berkurangan jika wak ada. Kini segala-galanya terletak kepada aku. Masa aku untuk keluarga terpaksa aku adjust atas tujuan ini. Tapi xpe…aku rasa keadaan ni x lama.

Merenung masa depan.

Sepanjang ketiadaan wak, aku dibantu oleh adik aku dan juga member dia @ Abu. Murah aje aku bayar dorang ni. Mana tak nya…datang kerja pukul 11 pagi, makan tanggung, transport tanggung. Dorang keje lebih kurang 1 bulan aje. Itu pun sebab time cuti belajar.

Dalam masa ni, aku menerima bantuan daripada JPH sebanyak 8 ekor kambing yang di ‘surrender’ oleh penternak yang gagal. Keadaan kambing tu amatlah menyedihkan. Tapi orang nak kasi, sebat aje la…

13 Julai 2010
Hari ni aku menerima 11 ekor lagi kambing daripada JPH. Al-hamdulillah. Bertambah lagi populasi kambing aku. Dalam diam populasi kambing aku kini sebanyak lebih 50 ekor. Satu pencapaian yang sungguh memberansangkan pada aku.hehehe…banyak tu kambing ade 50 ekor. Populasi kambing yang semakin bertambah bererti tugasan juga semakin bertambah. Rumput semakin banyak perlu dipotong. Bukan satu tugas yang mudah untuk mengangkat rumput kerana kawasan kandang aku sedikit berbukit. Dan bukan sedikit rumput yang perlu dipotong dan diangkut. Pikul atas bahu tu…

sebahagian dari kambing yang tengah syok makan


Sekian sudah coretan sepanjang hampir 4 bulan. sebelum aku lupa, banyak perkara yang aku perolehi dari eksperimen aku. Tapi next time la kot. Hehehe…takkan populasi kambing yang bertambah aje? Macam mana dengan kambing yang mati or beranak?? Tunggu…

6 comments:

  1. Alhamdulillah....cayalah Abong & Kak Yah....semoga berjaya dalam bisnes ni....kat mana ni? kat pilah ke? raya ni kalau kitorang raya pilah boleh le menjenguk....

    ReplyDelete
  2. tenkiu salfa...yup kat kuala pilah...nak datang bleh aje...silakan.

    ReplyDelete
  3. Sodeh eh laa cerito kau Dek.......

    ooppss janggut mahal tu cam janggut mbekkk mbekkk yo......maklumlah ari2 cakap mo kambing, pontornak kambingla katokan......

    ReplyDelete
  4. biaso laa tu...nak kasi drama sket kono laa buek cito sodeh...

    ReplyDelete
  5. salam.. kandang ada dimana bro?

    ReplyDelete
  6. bro addy,

    kandang ada kat kuala pilah.

    ReplyDelete

Statistik Kambing-Wangi