Friday, January 1, 2010

SELAMAT DATANG 2010


Tahun 2009 sudah pun melabuhkan tirai. Banyak kisah suka duka yang terjadi pada Kambing-Wangi sepanjang tahun 2009 ini. Namun aku tetap memanjatkan kesyukuran kerana percaya segala ketentuan itu ada hikmahnya tersendiri.


Perjuangan untuk menjadikan Kambing-Wangi satu realiti masih belum tercapai tetapi ia tetap akan diteruskan jua. Tidak banyak perancangan untuk tahun 2009 tercapai seperti yang dirancangkan. Antara kejayaan yang dicapai sepanjang tahun 2009 ini termasuklah:-

a) Membina bangsal
b) Membina rumah pekerja
c) Membaiki kerosakan dikandang kambing.
d) Berjaya mendapatkan kelulusan pinjaman dari Skim Tabung Ekonomi Belia (walaupun belum dapat lagi duit hehehe)

Memandangkan semua kerja-kerja tersebut menggunakan modal sendiri, kejayaan kecil ini masih aku boleh dianggap satu kejayaan yang membanggakan.

Tahun 2010 diharap mampu menjadikan Kambing-Wangi sebagai realiti walaupun sudah 5 tahun merancang (2004 - 2009). Walaupun banyak pendapat yang kurang enak di dengar dari kalangan ahli-ahli forum yang mengatakan industri ternakan kambing ini sebagai 'indah khabar dari rupa', aku tetap dengan pendirian untuk memajukan ternakan kambing ini. Insyaallah dengan modal permulaan yang diperolehi, ia mungkin memberi satu sinar bagi Kambing-Wangi.

Semoga tahun 2010 ini bakal membawa satu dimensi yang baru khususnya pada Kambing-Wangi dan industri ternakan kambing amnya.

1 comment:

  1. salam,
    Hari tu ada pergi ke Pejabat Belia dan Sukan Putrajaya bertanyakan tentang pinjaman STEB tu. Salah seorang pegawai tu cakap dana dan lama habis, ada permohonan yang dah diluluskan tapi ada masalah nak keluarkan duit sebab semua dana sudah habis. Kena tunggu tahun ini kalau-kalau ada tambahan dana. Harap bersabar....

    ReplyDelete

Statistik Kambing-Wangi